Posts

DEEP SOUTH 2025 Day 5 - Fruity Connection

Image
Pagi itu kami bergerak meninggalkan Patani. Perjalanan hari ini agak jauh menuju ke Narathiwat. Sebelum itu, kami berhenti di gerai tepi jalan untuk makan di pinggir bandar Patani. Gerai kecil, lauk bertimbun. Macam-macam jenis. Cara masak pun saya tak pernah lihat. Tak tahu mana satu nak pilih. Kang ambik banyak-banyak sekali nak makan tak sedap selenge nak mengabih. Saya melewati dapur untuk membasuh tangan. Mata saya tertancap ke arah sesuatu. Terselit di celah-celah bahan basah ada sepinggan buah berwarna hijau. Ia bukan sebahagian bahan mentah untuk dimasak, bukan juga untuk dihidang kepada pelanggan. Ia adalah untuk dimakan oleh pekerja di waktu senggang mereka. Mungkin mereka terjumpa buah itu di pasar pagi tadi masa beli barang. Beli lah sikit buat makan kat kedai. Saya lantas memanggil pekerja kedai yang sedang lalu di situ sambil menunjukkan ke arah buah tersebut. "Saya nak beli sikit buah ni boleh?". I had to have at least one bite. Beberapa tahun yang lalu.. ...

DEEP SOUTH 2025 - The Grieving Ride

Image
The ride was never about fitness or distance—it was about healing a pain no medicine could reach. I crossed into Thailand not for escape, but for something quieter: a place where motion might soothe what words could not. On the road, the danger didn’t unsettle me—it sharpened my senses, reminded me I was still here. What stayed with me most were the encounters: the working class who spoke plainly about survival, their resilience reflecting the quiet endurance I hadn’t known I was mustering; the ruins, half-swallowed by time, standing anyway—proof that broken things could still hold beauty. Food stalls became small altars of comfort: the warmth of broth, the kindness in a vendor’s smile, the way a single bowl of Tomyam Kung could make me feel human again. And the sea, wide and indifferent, gave me a silence that didn’t demand anything from me. I never said aloud what I had lost, but in these moments, I saw it differently—not as something to run from, but something I could carry more gen...

DEEP SOUTH 2025 Day 2, The Bittersweet Samila Beach

Image
Beberapa bulan kebelakangan ini boleh tahan juga sibuk. Langkah saya tidak pernah berhenti. Saya berpergian beratus-ratus kilometer untuk kerja, dan beratus-ratus kilometer pula untuk pulang ke kampung. Emosi dan kudrat saya benar-benar teruji. Saya bertahan seadanya kerana ada janji yang dipegang. Tanggungjawab yang digalas, saya selesaikan. Tugas yang dijadualkan, disiapkan, dihantar, dilaporkan.  There was something in me that felt like it had drifted far — like a part of the soul long separated, waiting to be returned to where it belongs. I didn’t know exactly when it went missing, but I knew, where I'll go was where I wanted to find it again. Deep South 2025 bukanlah sekadar destinasi kembara basikal, ia adalah sauh harapan yang disulam ke dalam hari yang jerih. Keep me sane, keep me going, keep me focused with what needed to be done. Tekad saya, apabila tiba masanya nanti takkan nak nengok saje. Saya akan berlari ke arah lautan, tidak menoleh ke belakang lagi, bukak semua pak...

DEEP SOUTH 2024 - Bahagian 1: Welcome to Su-ngai Kolok

Image
Selesai urusan pasport kami melewati pekan Golok yang sunyi sepi. Pipi kata malam baru function tempat ni. Tau sangat dia. Kami singgah di kedai telefon untuk membeli simkad. Line Malaysia tak boleh roaming di kawasan Selatan Thailand ni sebab ada lahabau mana ntah pegi activate bom pakai line roaming, lalu diharamkan. Kami terpaksa menggunakan sim tempatan untuk kekal berhubung dengan orang tersayang di Malaysia. Sebelum bergerak keluar dari Golok kami singgah makan di sebuah warung. Banyak sekali lauk-pauk yang dihidangkan. Waima tak kena dengan tekak saya dan saya rasa ayam goreng dia je sedap. Keluar dari Golok jalan dia amboi luas 4 lane. Lane motor belah kiri pun luas. Tak panik bila dipotong oleh lori. Di kiri-kanan jalan ada je rumah-rumah orang kampung dan diaorang mesti ada meniaga sesuatu seperti kedai runcit dan buah-buahan. Lepas tu jalan dia semakin mengecil jadi hutan berdaung. Sehinggalah kami melewati pekan Sungai Padi yang dipenuhi kedai-kedai lama yang dibina dari pa...

DEEP SOUTH 2024 - Day 1

Image
Hari pertama, kami memandu dari Kuala Lipis, meredah kegelapan malam. Bekal makanan dibawa dari rumah, ada burger, nasi Arab, dan kuih chang viral. Berhenti merata-rata untuk berehat dan makan. Tepat jam 8.00 pagi, kami tiba di Rantau Panjang. Setelah selesai urusan parkir bersama Kak Nik, kami terus ke sempadan untuk pemeriksaan pasport. Perasaan bercampur-baur, antara keterujaan dan debaran, menghiasi setiap langkah. Sungguhpun begitu, tetap gelepor ambil gambar di Jambatan Sungai Golok, the point of no return. Kami juga menyuruh makwe yang lalu untuk mengambil gambar. Saya sempat merakam gambar bersama pasport dan menghantarnya ke grup WhatsApp dengan kapsyen, "Kerja keras beastie, healing kita pakai pasport."

DEEP SOUTH 2024 - Prolog

Image
Sudah lama saya tertarik (dibisik) untuk datang lihat dan bertemu sendiri dengan komuniti Melayu Islam di Selatan Thailand.  Ahad, 15hb September 2024 kami memulakan perjalanan, bukan sekadar untuk tiba di destinasi, tetapi untuk mendengar, melihat, berinteraksi dan meninggalkan sebahagian diri saya di sini sebagai tukaran, jika diizinkan, untuk secebis kearifan dan kenangan.  Bermusafir kerana Allah Taala.

Muse World Tour '07 Live At Stadium Negara, Kuala Lumpur - The Full Report by Kumprinx

Image
Addenda(2023): Keep in mind that this report is written way back in the year 2007. I was a different person back then. Young and full of anger. No major updates or addition except for some spelling and profanity. Originally published on 5th March 2007 on my blog. Brought back from the depth of the internet in conjunction with the return of Muse on July 2023 for their Will Of The People Tour happening on 29th July 2023.  Fakta Menarik: Konsert ditaja oleh Tiger Beer. Mukadimah Muse, dari UK yang terbukti kehandalan mereka apabila baru-baru ini memenangi anugerah Best Live Act di Brit Awards 2007. Band yang wajib korang nengok untuk mengetahui erti sebenar Live Band. Tiket untuk konset diaorang sold-out full house 2 minggu sebelum konsert. Bab 1 : Abang Matt nak datang Khabar angin kehadiran 3 kutu dari Teignmouth, UK ni dah kedengaran 2 tahun yang lalu. Tahun lepas rasa macam dah nak jadi sangat tetapi tetiba tak jadi dan tak dengar berita langsung. Ketika sedang hang-out satu malam...